Wednesday 26 September 2012


EX5 DREAM: HONDA EX5 DREAM

EX5 DREAM:
HONDA EX5 DREAM

HONDA EX5 DREAM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh. Salam Kawan-kawan. Saya ingin menjalankan tugas saya sebagai seorang pelajar untuk menyiapkan tugasan subjek pemasaran web. Honda EX5 Dream keluaran Boon Siew Honda menjadi target saya untuk memasarkan produk tersebut. maklumlah, pelajar. hehe, kene buat kerja yang diberi.

Seperti yang sedia maklum, motor Honda EX5 ini merupakan antara motor yang terlaris di pasaran. menyebabkan ramai golongan mampu memiliki tidak kira golongan usia dari peringkat remaja hingga ke peringkat yang berumur. Biasanya, orang yang ingin memiliki motor Honda EX5 ini untuk pergi ke sekolah ataupun kuliah. selain itu, ada juga yang ingin membawanya ke kerja. Ada juga yang ingin membawa ke kebun. hehe. Honda EX5 ini bukan sahaja murah, malah bahan apinya pun jimat dan mudah di bawanya ke mana sahaja. Tetapi Honda EX5 ini juga menjadi tumpuan pencuri-pencuri diluar sana.

BOON Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan model terbaru Honda EX5 Dream dengan menampilkan kemajuan pada ciri-ciri keselamatan dan reka bentuk untuk memberi lebih keselesaan kepada pengguna.

Pengenalan model baru itu diumumkan sempena kejayaan syarikat terbabit melepasi sasarannya dengan pencapaian jualan Honda EX5 sebanyak 1.5 juta unit pada Ogos tahun lalu menjadikan model terbabit terlaris dijual.

Difahamkan, selain mempertingkatkan ciri keselamatan, model baru itu juga menawarkan ciri silinder yang menjamin sistem keselamatan lebih serta meter kelajuan berciri dinamik termasuk garisan terperinci bagi menimbulkan profil motosikal.

Bagi memberikan lebih pilihan, model itu menampilkan warna emas dengan tawaran harga RM4,268 bagi model yang menggunakan suis hidup enjin, manakala RM3,998 bagi model biasa.

Syarikat terbabit turut menawarkan jaminan setahun atau 12,000 kilometer pertama kepada pembelinya manakala insurans setahun bagi penunggang tunggal yang membelinya sekitar Semenanjung Malaysia.

No comments:

Post a Comment